Alhamdulillah..Ramadhan menjelma lagi tahun ini.Sekejap je Farid rasa dah bulan pose ye.Rasanya baru je bulan lepas raya.Begitu pantas masa berlalu.Terasa makin dekat pula nak kiamat.Bila teringatkan ni Farid terfikir dimana letaknya Farid di hari kiamat kelak.Adakah bersama orang-orang beriman atau sebaliknya.Sudah cukup banyakkah amal ibadat kita selama ini.Tepuk dada tanya selera.Harapannya moga Ramadhan tahun ini kita dapat memperbanyakkan amal ibadat dan mendekatkan diri kepadaNya.Janganlah kita sibuk nak buat persiapan raya dan shopping tapi amal ibadat entah kemana.Semalam di masjid imam memberi tazkirah berkaitan dengan budaya orang Melayu di bulan Ramadhan.Kebanyakan orang Melayu datang solat tarawih sampai 8 rakaat tanpa witir,8 rakaat dan witir berbanding 23 rakaat yang biasanya disempurnakan oleh golongan 'senja'.Farid juga tidak terkecuali dan makan dalam dengan teguran Pak Imam tersebut.Apapun kita ambil teguran Imam tersebut sebagai semangat dan pendorong untuk kita meningkatkan amal ibadat kita untuk 26 hari seterusnya.Moga Ramadhan ini lebih baik dari tahun yang lepas.InsyaAllah......
No comments:
Post a Comment