Menyentuh bulan Ramadhan ini yang paling utama adalah juadah berbuka puasa.Pada bulan inilah lubuk rezeki umat Islam untuk membuka gerai bagi menjual lauk-pauk,kuih-muih,aneka air,ikan bakar,ayam golek,roti john dan sebagainya.Sehinggakan di Kuala Lumpur pihak berkuasa tempatan (PBT) mengadakan undian bagi memberi hak sama rata dan keadilan bagi mendapatkan lesen berniaga di pusat tumpuan orang ramai di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur.
Bayangkan lebih kurang 15,000 peniaga seluruh Malaysia datang di stadium untuk mencuba nasib sedangkan kuota yang diperuntukkan hanyalah 400 gerai sahaja.Ada kes yang berlaku dimana peniaga yang mendapat hak berniaga sanggup menjual lesen yang diperolehi kepada pihak ketiga dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga sebenar.Ini menunjukkan sikap tamak sesetengah orang Melayu yang mementingkan diri sendiri dan menindas kaum sejenis.
Budaya ini yang menyebabkan banyak peniaga Melayu tersisih terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,Johor Bahru,Penang dan Ipoh.Contoh terbaik hak peniaga Bumiputera kian tersisih terutamanya di pusat membeli belah Alamanda Putrajaya.Khabarnya pihak pengurusan telah menaikkan harga sewaan kedai disana 3x ganda lebih tinggi dari harga asal bagi menjadikan Alamanda sebagai destinasi membeli belah eksklusif dan elit di Lembah Kelang.
Difahamkan sebuah pusat membeli belah tahap sederhana akan dibangunkan di kawasan berhampiran bagi menggantikan Alamanda yang lama.Tidakkah pihak pengurusan terfikir bahawa majoriti penduduk di Putrajaya hanyalah pekerja sektor kerajaan?Adakah kita mahu melihat situasi yang sama berlaku di Suria KLCC terjadi semula.Diharapkan kisah ini menjadi pedoman.Kita sebagai kaum Bumiputera sepatutnya hidup kaya raya di tanah air sendiri.Tetapi realitinya sekarang bangsa apakah yang menerajui ekonomi Malaysia?Tepuk dada tanya selera!
No comments:
Post a Comment